The meaning of Laughs n Tears...

Laughs N Tears's blog...is a time to remember.


Friday, October 23, 2009

Menyayat hati menonton berita semalam....dunia ini kejam..

KAJANG: Alia Aiman, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera ibunya sendiri bersama teman lelaki warga Sudan, digambarkan seorang yang comel.
Mangsa dilihat agak periang dan aktif beberapa minggu lalu, namun kejadian malang yang menimpanya mengejutkan beberapa individu yang bertugas dan menghuni kondominium tempatnya tinggal.
Seorang kakitangan kondominium yang hanya mahu dikenali sebagai Bala, berkata beliau pernah beberapa kali melihat mangsa, ibunya dan lelaki Sudan itu sejak mereka menghuni kondominium itu sebulan lalu.Malah, katanya, mangsa pernah bermain dengan anaknya tetapi mangsa tidak banyak bercakap.
“Kali terakhir saya melihat kelibat kanak-kanak itu dua minggu lalu dan ketika itu dia masih sihat dan aktif. Jadi, saya sangat terkejut apabila tahu kejadian malang menimpanya,” katanya ketika ditemui pemberita di kondominium berkenaan semalam.
Bala, 40, juga mengakui tahu mangsa kerap ditinggalkan ibunya dengan lelaki Sudan itu.
Katanya, beliau juga kadang kala melihat lelaki Sudan berkenaan mandi di kolam renang serta makan di gerai tingkat bawah.
“Saya pernah menegurnya dan dia beritahu saya mangsa adalah anaknya. Saya lihat mangsa begitu comel dan pernah menyuarakan hasrat kepada lelaki itu supaya menyerahkan budak perempuan itu kepada saya untuk dipelihara kerana saya juga ada anak perempuan dan mereka mesra bermain bersama,” katanya.
Bala yang mengakui kondominium itu dihuni ramai lelaki Afrika, berkata pihak pengurusan kondominium tidak menerima sebarang aduan mengenai mangsa atau lelaki Sudan itu.
Sementara itu, seorang pengusaha restoran di situ, Mahfuzah Yassin, 26, mendakwa ada penghuni di situ memaklumkan kepadanya mereka melihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya dibawa ibunya ke hospital.


MENGAPA WUJUDNYA IBU SEBEGITU KEJAM...NAUZUBILLAH..

No comments:

Post a Comment