Salam..erm...ari nie, ingat nak masak laksam..Kak Nani teman sekerja mengandung and kepingin nak makan laksam masakan aku...mungkin anaknya tahu kot yg air tangan aku nie memang sedap..kihkihkih.Sebenar, aku kurang sihat, bdn seram sejuk, kepala migrain tp still ok kalu setakat nak masak..aku rasa bole kot..sian gak, ntah bila aku akan buat kalu tak buat hari nie..maklumlah renyah skit nak wat isi laksamnyer..aku nie bukanla rajin sangat.
Mood aku pun bukannyer ok sgt..takleh serabut2 rasa kepala nie nak pecah..
Ditambah lak ngan cina kedai telefon td cari pasal ngan aku..nasib baik aku nie tak sihat kalu tidak mau gak aku sound dier..
Macam2 ragam , kita pembeli die lak wat hal..
Kaki ini kugagahkan melangkah, walaupun bdn serba tidak kena..
pergi mencari ikan n awas laksam walaupun dah pukul 4 p.m. di pasar Teluk Intan,
Alhamdullilah sumer bhn ada...so, nantikan laksamku ini..walaupun aku org Kedah...tp, sedap woo..
Bebenornyer, aku migrain sbb aku stress sgt ngan sorang student F5 nie..aku nie, nak la kekalkan 100% lulus subjek Biologi aku mcm tahun lepas and nak bykkan bilangan yg dapat A, namun sorg student aku nie taknak berubah,ada lagi yg lemah tp bila aku buat kelas pemulihan, mereka yg lain nampak ada perubahan , puas aku buat kelas tambahan siang mlm, aku ajar cara nak mengingati fakta maklumlah subjek Biologi, ajar nak jawab Kertas 1, 2 and paling mudah provide markah Kertas 3, provide kat diaorg kertas2 percubaan negeri2 lain, n bincang jawapan, tak ckp dgn tue belikan buku2 n fail..namun kemalasannya agak tegar..dah kupanggil dia untuk berbincang, namun sama sahaja..
Kdg2 rasa mcm aku nie sorang2 yg terhegeh2 nak dia berjaya..dia langsung tak kisah...itulah asam garam jadi guru, kita amat komited gilor, namun student sering menguji kesabaran guru..namun, kerjaya ini amat aku minati, so..kena terima pahit manisnya..
Wahai anak-anak didikku..hadiah yg paling bermakna bg seorg guru...adalah kejayaan kamu..bukannya hadiah yg dibalut cantik2. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati anak2 muridku agar rajin belajar dan berjaya dlm SPM 2009. Amin.
BIAR AKU MENJADI LILIN
MEMBERIKAN CAHAYA
TERANGI SEKELILING DGN DIRI TERBAKAR
TAK SIAPA YANG SEDAR
DI SAAT KEGELAPAN RELA AKU KORBANKAN
DEMI SATU HARAPAN
BIAR MASA BERLARI
DAN KAU TERUS MENDAKI
AKU TENANG DI SINI DAN SABAR MENANTI
TANPA DENDAM DAN BENCI
ANDAINYA KAU TERJATUH TERLUKA DAN TERSUNGKUR
KURAWAT BIAR SEMBUH
AKU TAK KAN BERTANYA
APAKAH NANTI BALASANNYA
SETIAP PENGORBANAN SETIAP PEMBERIAN
DEMI SATU IKATAN
KEIKHLASAN DI HATI
WALAUPUN KAU RAGUI
PADA SUATU MASA DAN SUATU KETIKA
AKAN KETARA JUA
BIAR AKU MENJADI LILIN
MEMBERIKAN CAHAYA
SAAT KAU KESEPIAN SAAT KAU KEGELAPAN
KU RELA MENERANGKAN
AKU SENANG BEGINI DAPAT TERUS BERBAKTI
DENGAN CARA SENDIRI......
Lagu ini benar menjelaskan perasaan seorang insan bernama guru....
wah sedapnye..uish..rajen btol k.azma nih..
ReplyDelete:)
heheheh..
ReplyDeletelagula tue..hihihi