The meaning of Laughs n Tears...

Laughs N Tears's blog...is a time to remember.


Monday, November 23, 2009

HARI INI..BERTEMU DGN ANAK-ANAK DIDIKKU..

Hari ini..seperti yang dirancangkan..aku akan makan2 bersama anak-anak didikku..
erm..macamanalah mereka lalui peperiksaan SPM yg dah beberapa hari berlalu..
Paling aku terusik sekali..salah seorg anak didikku kehilangan ayah pada hari pertama peperiksaan...
Bagaimana dia lalui semua itu...aku yg dah tua pun belum tentu tabah hadapinya...inikan anak yang baru berumur 17 thn...kudoakan agar kamu berjaya mengharungi semua itu dengan tabah...
Hidup ini tidak boleh lari dari menghadapi semua itu...yang pasti ganjaran di sana nanti adalah indah sekali..
Kumasak makanan yg senang disediakan sahaja...
semoga pertemuan ini..memberi sedikit ransangan semangat untuk mereka menduduki peperiksaan khusunya kertas Biologi...Semoga kalian berjaya..



KuasaMu....

Kupercaya pada KuasaMu..
Kuyakini KeagunganMu..
Kupercaya pada KeesaanMu..
Kuyakini Kebesaran CintaMu..

Biar
hina dunia..
aku bisa ratapinya..
JanjiMu di sana
aku bahagia..


Kuberdoa....
Wahai Tuhan yang Esa..
Janganlah Engkau biar kumelangkah..
ke tepian kali yang kering airnya...
Dalam kedahagaan kebenaran padaMu..


Yang pasti dunia ini..
tiada seindah...
pohonMu yg mengalir susu di bawahnya..
Yang hakiki dunia ini..
sudah terlalu tua..
hanya menantiMu menggulung segalaNya..
Ya Tuhan..
Kupercaya..kuyakini.
HidayahMu sering menyusuri..



Amin..

No comments:

Post a Comment